Wednesday, 10 October 2018

Pilihan

Omg Socute GIF - Omg Socute Pokemon GIFs

Hidup ni pilihan.

Antara kita memilih untuk menjadi positif atau negatif.
Kalau kekiri ada halangan, kita ke kanan.
Jika dua dua belah ada halangan?
Pilih salah satu, kuatkan semangat. Lalu juga.
Pilihan, kita yang memilih jalan untuk diri kita. 
Tuhan yang memberi izin.

Jangan risau jangan khuatir jika jalan yang kita pilih, penuh dengan duri.
Kena percaya, kena yakin. 
Tuhan hitung setiap liku-liku yang kita harunginya.
Antara kita sampai atau tidak ke destinasi, 
itu bukan lagi kerja kita. 

Redha, pasrah. 
Kena yakin, kalau tidak sampai. Mungkin akan ada jalan yang lebih indah.

Hidup ini pilihan,
dan pilihan
ada pada diri kita sendiri :) 

UITM SECOND INTAKE 2018/2019

Hi assalamualaikum.. Salam sejahtera..
Lama tak update, kesibukkan duniawi la katekooo hehehe
But the way, harini nak share pasal second intake UITM 2018. Untuk yang tak dapat upu sesi lepas boleh la try apply kemasukkan sesi kedua 2018 UITM ni.
Macam mana? Kena melalui upu lagi ke? Jawapan nya tidak.




Senang je. Korang kena beli no pin UITM dekat bank bsn yang berdekatan, kena beli dekat kaunter tau sebab setahu aku mesin atm bsn ada problem untuk beli dekat atm. So, korang kena struggle sikit la tunggu giliran no sebab beli dekat kaunter. Tak apa, susah sikit je kan. Nak berjaya hehe

Okay, settle je beli no pin. Korang boleh la standby laptop depan muka untuk login permohonan.
Boleh bukak website https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm untuk login id yang korang dah beli dekat bsn tu. Simple kan? Ohye lupa, harga untuk BSN no pin ijazah sarjana muda hanya RM17 sahaja. Bagi aku mahal la sebab helloooooo, kasi la murah lagi. Ingat kaya sangat ke...
Hahaha jk

Lepas dah masukkan no pin tu, korang boleh la isi maklumat diri yang diperlukan.
Senang je. Insha Allah semua orang boleh buat.
Tunggu apa lagi? Jom mohon. Mana tahu ada rezeki, kita berjaya sama-sama.
Tarikh tutup permohonan 5Nov2018 tau, jangan lambat-lambat!
Kalau ada sebarang persoalan, boleh drop dekat komen okay.

Selamat Berjaya!

Sunday, 22 July 2018

Krim Muka A'laisyah


Hai assalamualaikum, hiks. Lamanya tak update apa-apa since tahun lepas 😂
Busy tersangat busy dengan student life. seriously.. my diploma journey banyak betul liku liku kehidupan 😆 

But, I'm so grateful sebab everything goes well. Tamat sudah zaman tersebut.
Berbalik kepada tajuk post kalini,
aku nak share dengan korang pasal satu produk kecantikkan buatan Malaysia. Iaitu jenama A'laisyah ❤ 

Siapa tak pernah dengar tu boleh pergi dekat watson atau guardian yang berdekatan sebab produk ni ada masuk pasaran tersebut tau. Which is kalau barang yang lepas masuk market guardian atau watson ni boleh dikirakan 'trusted'.
Produk A'laisyah ni ada banyak jenis tau, daripada pencuci muka sampailah ke krim malam siang toner apa semua tu. Memang serba lengkap.

Terdetik dekat hati nak cuba krim kecantikkan dia. Sebab senang kalau nak keluar dekat dekat pakai tu je. Lagipun jimat foundation kot kalau buat macam tu. Hahaha sila contohi sikap berjimat macam aku tu✌

So aku beli la satu krim daripada A'laisyah tu. Harga bawah RM10 sahaja!
Memang menjimatkan la aku cakap. 20g untuk kandungan krim tersebut. Banyak serious banyak. Korang cuma perlu pakai sikit je kat muka dalam satu dua calit. Siap!


Kelebihan
-Muka lebih cerah dan glowing
-Harga berpatutan
-Mudah didapati dan selamat digunakan
-Krim ringan dan tak berminyak
-Selamat suci dan murni

Kekurangan
-Hanya ada satu jenis warna sahaja

Itu sahaja aku rasa yang aku nak share pendapat aku pasal krim kecantikkan daripada A'laisyah ni. Bagi aku berbaloi untuk beli dan yang paling penting selamat digunakan. Korang patut cuba tau! Bye